Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Peluang Terakhir - 4



Sumber : Channel Telegram (@CerpenNoveldanLain2)
Editor : Hikam Fajri



Cerpen Melayu

Peluang Terakhir


Halaman 4

Amir hanya diam. Dia tak terus melatah, walaupun memang patut dia menghemburkan kata-kata cacian kerana sudah dia katakan sifat Zati itu bagaimana. Namun, hatinya bersih dari kata nista. Nasihat dan tauladannya boleh menundukkan siapa sahaja yang mendengar.Hanya aku yang masih berkeras.

Masih menadah cinta palsu syaiton nirrojim. Dia duduk di atas katil. Aku pun turut serta.

“Tak mengapalah yusuf, ada hikmah semua ni. Semua ini rancangan kita yang di susun oleh Allah. Dia dah susun takdir kita apa akan jadi sama ada baik atau buruk, cuma kita ni kena ejas balik dengan doa. Bagi pengakhiran hidup kita berakhir dengan baik.”

“Maksud kau pengakhiran yang macam mana?” aku menyoal, masih samar-samar untuk difahami.

Kau tak nampak lagi, dua hari lepas negara kita digemparkan dengan kematian ulama yang tersohor. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, kau nampakkan pengakhirannya macam mana? Dia disanjung, dihormati oleh semua lapisan masyarakat tak kira kawan mahupun lawan, tak terlepas bangsa-bangsa lain cina, india turut mendoakannya. Ternyata, mereka baru sedar perjuangannya yang sebenar.

Perjuangan yang tak pernah kenal erti penat lelah. Hidup bersederhana mencontohi Rasulullah dan para sahabat. Tokoh yang tersohor, pasti penduduk langit dan bumi akan tunduk menghormati kepemergiaanya. Kau tak nak jadi macam tu? Sekarang kau rasa, kau telah disisihkan oleh kawan-kawan yang tak ikhlas bersama. Kekasih yang meninggalkan kau. Masyarakat yang mencemuh.

Tapi, kalau kau ada ilmu… Amir berhenti berbicara. Dia bangun kembali. Sambil memandang aku. Dengan semangat. “Roh perjuangan Tok Guru yang akan kau sambung. Walau tak dapat memerintah negara, sekurang-kurangnya ilmu dan akhlaknya kita dapat contohi. Tawaduk dan disegani.

Mereka-mereka itu akan mendongak kau dari bawah, menyanjungi dan menghormati. Ketika ini, wajah dan harta kau tak penting lagi. Apa yang bernilai adalah ilmu dan sifat tawaduk cinta kau pada Allah. Cintai Allah dengan sepenuh hati. Kembali merindui Tuhan pencipta kita. Biar kita rasa gelora melanda, hati resah dalam dada kerana menanti bertemu sang pencipta.” Ujarnya dengan semangat.

“Kembali merindui? Usahkan rindu, bertakwa, bermunajat pun aku tidak pernah. Solat, puasa pun aku jarang. Bagaimana aku mahu merindu kembali.?” Soal aku kepadanya.

“Persetankan tanda soal. Mula dari sekarang berhenti punya alasan yang banyak. Selagi Tuhan beri kudrat kekuatan pada jiwa untuk kembali mengubah diri, grab it. Sedangkan orang kelainan upaya berusaha bersunguh-sungguh untuk mendapat tempat dalam masyarakat. Inikan pula kita manusia yang normal, sempurna akal dan fizikal.

Malam itu, Amir bersungguh-sungguh memberi kata pemangkin padaku. Semangat juangnya seperti Amirul Mukminin Khalifah Ar-Rasyidin tika itu, walau tidak diterjemah dengan perbuatan tapi aku yakin bicaranya demi Illahi.

“Terima kasih Amir, mendalam maksud kau.” Kataku kepadanya. Dia senyum hingga menampakkan gigi putih yang tersusun rapi.



Halaman Selanjutnya : 1  2  3  4  5

Post a Comment for "Peluang Terakhir - 4"