Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Peluang Terakhir - 3



Sumber : Channel Telegram (@CerpenNoveldanLain2)
Editor : Hikam Fajri



Cerpen Melayu

Peluang Terakhir


Halaman 3

SELEPAS sahaja kejadian itu, aku berkurung dalam bilik. Rumah sepupu aku.

Selepas semua barang-barang, banglo, perabot-perabot, kereta mewah disita oleh bank. Family aku tak punya apa, di rumah paksu kami berteduh bersama adik dan ibu. Ayah aku mengalami kerugian dalam perniagaan dan didapati bersalah di atas tuduhan pecah amanah, tak mampu nak bayar. Dia diisytihar muflis.. Gambar Zati, masih aku tenung dalam-dalam. Masih sebak mengenangkan.

Walau semua ini terjadi dengan sekelip mata, kasih aku masih tak berubah. Aku dah gila bayang, gila pada perempuan cantik tapi punya hati yang busuk.

Arghhhh!! Aku bertempik. Teriak, lantaran menangis. Kini air mata jantanku kalah dengan insan bernama perempuan. Kenapa Tuhan duga aku begini, ya aku tahu. Aku jarang solat, puasa, ikut suruhan ibadahnya. Tapi aku tak pernah buat jahat, kacau hidup orang, mencuri. Malah aku selalu buat amal kebajikan. Tolong kawan-kawan yang susah, tapi kenapa sekarang kawan-kawan yang aku tolong inilah yang menjahanamkan aku.

Tuk!! Tuk!! Amir, sepupu aku mengetuk bilik. Aku mengesat air mata. Malu jika dilihatnya. Tombol bilik dibuka. Dia datang kepadaku, dihurkan lolipop kepadaku. Aku memandang penuh sebak. Aku masih ingat, dulu sewaktu kami kecil. Aku selalu bermain dengannya. Ketika itu kalau aku kena rotan kerana tak hadir mengaji Al-Quran, selepas waktu pengajian dia selalu datang sambil hulurkan lolipop. Aku menangis, dia sabarkan. Indah ketika itu, aku tak dapat lupakan kenangan lalu.

“Sabarlah yusuf, duduk lah dengan kami kat sini.” Aku yang sedari tadi bersandar di atas katil, terus bangun. Aku peluk Amir, sambil memegang lolipop di tangan, menangis mengenangkan nasib tak dapat berpura-pura lagi.

Bukan muflisnya keluarga aku menjadi punca utama aku begini, 9/10 curangnya kekasih hati lebih memberi kesan pada jiwaku. Cahaya cintanya bersinar cuma rekaan semata-mata. Mengertilah lah aku kini, kasih sayang sekarang semuanya memandang kebendaan. Lagi pula sekarang aku daif, tak punya apa, rupa pula kurang. Apa nasib aku selepas ini. Pasti aku dicemuh.

“Terima kasih Amir, tak ada siapa dah yang aku boleh harapkan selain dari kau, paksu dan maksu.” Ujarku kepadanya.

“Kau silap yusuf, Allah kan masih ada. PadaNya kau boleh harapkan. Kami hanya boleh menolong sedikit, yang lain bukan kemampuan kami. Hidup, kalau berserah pada Allah lebih bermakna.”

“Tapi kenapa Amir? Kenapa Allah duga keluarga kami macam ni? Sedangkan apa yang menuju ke jalannya semua kami turutkan. Sedekah, amal kebajikan, rumah anak-anak yatim semua kami tolong. Tak cukup baikkah kami ni, dan…” Aku berhenti dari kata-kata. Air mata aku makin deras mengalir.

“Kenapa Yusuf?” Soal Amir padaku.

“Zati tinggalkan aku. Sampai hati dia berpura-pura kasih padaku selama ni.”



Halaman Selanjutnya : 1  2  3  4  5

Post a Comment for "Peluang Terakhir - 3"